Laporan Perkhemahan Hujung Minggu Pengakap Muda untuk Persediaan Lencana Usaha


Pada 26 dan 27 Mac 2011, 18 orang anak-anak Pengakap Muda telah berkhemah di kasawan sekolah sebagai persediaan menghadapi ujian lencana Usaha yang bakal dihadapi.



26 Mac 2011
Para peserta mula mendaftar pada pukul 2.00 petang, diuruskan oleh setiausaha program Saudara Amirul bin Daud dan bendahari program, Saudara Kumaran a/l Manimaran. Selesai pendaftaran, para peserta mula mendirikan khemah dan mencari kayu api untuk aktiviti memasak.

Pukul 6.00, para peserta berkumpul untuk aktiviti memasak.Pemimpin yang terlibat adalah Encik Mohd Idzuan Hidayat bin Sabullah dan Cik Suziyana binti Mohd Redza. Aktiviti ini turut dijayakan oleh Encik Kamal bin Abdullah, Encik Affandi bin Abdul Hamid dan Saudara Muhamad Adam bin Imidhamidan.




Selesai aktiviti memasak, para peserta diberi masa untuk mempersiapkan diri untuk solat Maghrib dan Isya'. Para peserta kemudiannya diberikan sedikit taklimat oleh Encik Fauzi bin Toed, Pemimpin Kumpulan Pengakap ke-16 Daerah Kluang. Peserta dibahagikan kepada 3 patrol, Helang, Tiong dan Rajawali.
Para peserta kemudiannya diberi masa selama 1 jam 30 minit untuk membuat persediaan untuk aktiviti Malam Kebudayaan.

Malam Kebudayaan dimulakan tepat pada pukul 11.00 malam dengan Saudara Adam sebagai Pengacara Majlis. Aktiviti ini turut dibantu oleh Saudara Wan Syafiq, Saudara Nazmi, dan Saudara Alief untuk menyerikan majlis. Persembahan terbaik pada aktiviti ini diungguli oleh patrol Rajawali dengan persembahan lagu Tepi Gunung.


Selesai aktiviti Malam Kebudayaan, para peserta dibenarkan pulang ke khemah untuk aktiviti Ngorok. Kira-kira jam 3.00 pagi, para peserta dikejutkan dari tidur untuk aktiviti kembara malam. Para peserta dikehendaki ke stesen pertol Shell dan Mobil dan membantu secara sukarela di stesen terbabit. Malang sekali, tiada pelanggan yang datang mengisi petrol pada masa tersebut dan kami pulang tanpa membuat apa-apa tugasan. Setibanya di kem, para peserta dibenarkan berehat semula.



0 comments:

Post a Comment

Pengakap SMKSI

Pengakap SMKSI memulakan langkah yang baru setelah sekian lama jatuh. Diharap generasi baru Pengakap SMKSI dapat menambah seri kepada Seri Intan.